- 1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil.
- Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh.
Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
- 3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN.
- Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…
4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai.
JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.
- 5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI.
- Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.
No comments:
Post a Comment