Keharmonian rumah tangga terletak ditangan kedua belah pihak
suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu dengan
yang lain, insyaAllah rumah tangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami:
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias
menunggu kepulangan suami, sentiasa menjaga kecantikan dari seperti masa
berkenalan dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi
ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda. Tetapi berbincanglah jika
hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu
boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa di
suruh.
Tips mengambil hati isteri:
1. Memberi hadiah kepada isteri, walaupun nilainya tidak
seberapa tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan mengurus rumah
adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temani isteri anda dan memberi pendapat anda apabila
diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum menikah haram
pegang tangan, apabila selepas berkahwin mahu menyentuh isteri pun sudah tak
ada masalah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan
sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di depannya, ini akan membuat
isteri anda berkecil hati dan merasa kekurangan.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment