Wahai
suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit
perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya, ingatlah akan
pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Diamkanlah diri dan
tenangkanlah hati.. ISTIGHFAR.. SELAWAT.. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah.
Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita
itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan
kekerasan nescaya akan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan
lemah lembut dan profesional, dia akan menjadi bidadari kita bukan
setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya. Ingat! Bagaimana
peribadi isteri, begitulah peribadi suami.. Dia pakaian kita.. Jika
buruk dia, maka buruklah kita...
No comments:
Post a Comment